PEJABAT & ASRAMA PUTERI
Lot 271, Jalan Arau - Kangar
02600 Arau,
Perlis Indera Kayangan
TELEFON
Tel / Fax : 04-9860420
019-4147104
(Ustazah Asnida bt. Abdullah)
hembusankasihku@gmail.com

Bank Islam Malaysia Berhad
No Akaun: 09010010051019
Rumah Hembusan Kasih
PEMBERITAHUAN
Sebarang sumbangan hendaklah melalui akaun yang tertera dan akaun RHK Management tidak lagi terlibat dengan sebarang ops RHK yang baru
Pengenalan
RUMAH AMAL HEMBUSAN KASIH (RHK ) adalah sebuah rumah didikan yang berkonsepkan kebajikan dan menaungi lebih 45 orang pelajar yang terdiri dari kalangan anak yatim,fakir miskin, golongan asnaf zakat dan anak-anak yang perlukan penjagaan dan pembelaan di peringkat rendah.
RHK bemombor pendaftaran RAOO13419-P telah memulakan operasinya pada bulan Januari 2009 di lot 271,Jalan Arau-Kangar, Kangar, Perlis. RHK adalah salah satu pusat penjagaan yang berada di bawah naungan Yayasan Kebajikan Perkhidmatan Perubatan Malaysia YKPPM 4704/90(SEL).
JUSTIFIKASI
Sejarah telah membuktikan di mana Rasulullah SAW sendiri dikenali sebagai anak yatim. Malahan kebanyakan orang Tuhan seperti Rasul-rasul dan Nabi-nabi sejak keeil lagi di pisahkan dari ibu dan ayahnya.
Ini adalah kerana orang yang dibesarkan oleh ibu ayahnya selalu bersandar semata-mata dengan ibu dan ayah menyebabkan dia terlupa untuk bersandar dengan Tuhan. Oleh kerana itulah maka orang Tuhan telah Tuhan pisahkan daripada ibu dan ayah supaya dia kuat bersandar dengan Tuhan.
Kalaupun ibu dan ayahnya tidak mati seperti mana Nabi Yusuf, tetapi dia tetap terpisah dari ibu dan ayahnya selama 40 tahun. Malahan Para Imam seperti Imam Syafie dan Imam Ghazali juga telah terpisah ibu dan ayahnya semenjak kecil. Oleh itu, menjadi anak yatim bukan satu penghinaan tetapi Tuhan hendak muliakan.